Kesan Penundaan BREXIT. Lihat pada tarikh 11 April 2019, sehari selepas European Central Bank (ECB) mesyuarat ekonomi dan polisi kewangan serta penetapan kadar interest (10 April 2019), harga bagi pair EU membuat kenaikan sebanyak 70-80 pips.
Persoalannya, adakah lonjakkan ini betul-betul menggambarkan pengukuhan matawang euro, atau hanyalah bersifat sentimen, dan sementara sahaja sebenarnya.
Tiada sokongan daripada laporan prestasi ekonomi, pengesahan rasmi oleh Gabenor ECB, Mario Draghi yang menyatakan ekonomi eropah bermasalah pastinya tidak akan menarik minat pelabur terhadap Euro.
Tiada perancangan jangka panjang yang kukuh, yang berpotensi bakal memberi keyakinan tambahan kepada pelabur dan pedagang seluruh dunia, tiada kenaikan interest rate dalam jangka masa 6 bulan ke depan, bermaksud semakin kecil peratusan matawang Euro untuk betul-betul menguat.
Berdasarkan laporan berita di bawah, pendapat yang dikeluarkan Gabenor Bank Finland sangat-sangat membantu kita, setidaknya membuat jangkaan awal apakah corak pergerakan matawang euro.
Dinyatakan pada bulan Jun 2019, ECB akan mengumumkan satu perancangan penuh polisi kewangan zon eropah. Dalam masa tiga bulan ini, berkemungkinan besar ECB sudah bersedia akan impak yang bakal melanda matawang euro, dan fokus mereka sebenarnya adalah pada Jun 2019.'
Kita sudah memasuki bulan April 2019. Sedar atau tidak, kita telah melepasi suku tahun pertama 2019. Januari, Februari, dan Mac, mewakili tiga bulan yang ada pada suku tahun pertama (Q1) 2019.
Untuk zon eropah, Q1 dianggap gagal dari segi prestasi ekonomi. Disebabkan prestasi ekonomi yang tidak positif pada Q1, berkemungkinan besar ECB menantikan prestasi bagi Q2 pula.
April, May dan Jun. Pada bulan Jun, pada ketika mesyuarat ekonomi dan polisi kewangan ECB, sekiranya prestasi ekonomi berjaya dipulihkan, pada ketika itulah ECB akan mengumumkan sesuatu keputusan yang penting.
Pengumuman yang positif akan menyebabkan matawang euro juga akan meningkat. Oleh itu, April, May dan Jun ialah bulan dimana kita perlu perhatikan "trend" ekonomi zon eropah, dan kita perlu bersedia lebih awal pada ketika ECB akan bermesyuarat pada Jun nanti, yang mana pada bulan itu, prestasi ekonomi bagi Q2 akan diumumkan secara rasmi. - Majalah Forex Malaysia