Rabu, 15 Mei 2019

Silap faham mengenai ilmu fundamental analisis Forex

Silap faham ilmu fundamental Forex. Ramai yang menganggap ilmu fundamental ialah ilmu membaca "news", yang mana "news" ini dengan mudah diperolehi dari Forex Calendar.

Silap faham ilmu fundamental Forex

Apa yang ramai lakukan ialah, menunggu berita keluar, dan membuat penilaian "on the spot" keputusan berita, dan meletakkan posisi jual beli berdasarkan keputusan berita.

"Instant analysis" dan "instant entry". Adakah itu dinamakan dagangan berasasakan kefahaman fundamental?. TIDAK. Itu adalah "trade news", bukan "trade fundamental".

Dagangan berasaskan analisis fundamental adalah lebih daripada itu. Kita perlu membuat analisa penuh prestasi ekonomi secara keseluruhan, bukan menilai hanya dengan satu berita yang keluar sahaja.


Prestasi ekonomi yang semakin baik, jika direkodkan secara konsisten peningkatan prestasi dari bulan ke bulan, suku tahun, natijahnya ialah pengukuhan nilai matawang akan berlaku.

Prestasi ekonomi yang baik akan disusuli dengn polisi kewangan yang kukuh, sekaligus bakal meningkatkan lagi nilai matawang

Volatile Semasa News

Kenapa pasaran akan sedikit "volatile" semasa sesuatu "news" penting diumumkan?.

Kerana pada ketika "news" penting diumumkan, jumlah trader meningkat secara tiba-tiba, untuk mengambil peluang dagangan singkat.

Masuk dan keluar pasaran dalam masa yang singkat. Menyebabkan "volatility" berlaku. Tetapi keadaan ini tidak bertahan lama. Sejam atau dua jam selepas itu pergerakan harga kembali normal, dan kembali mengikut arah sebenar keadaan fundamental. - MajalahForexMalaysia