Versi terbaru Toyota Avanza 2019 kini sudah secara rasmi diumumkan di Malaysia.
Ditawarkan dalam tiga varian iaitu; E, S dan S+, ia dijual pada harga bermula RM80,888. Lebih menarik, Toyota Avanza (2019) atau versi kemas kini itu menampilkan rekabentuk depan ala model premium, Vellfire dengan lampu depan Bi-LED selain gril ditarik hingga ke hujung.
Harga
- Toyota Avanza (2019) 1.5E - RM80,888
- Toyota Avanza (2019) 1.5S - RM83,888
- Toyota Avanza (2019) 1.5S+ - RM87,888
Luar Seakan Mini Vellfire
Turut dikenali sebagai Mini Vellfire, Toyota Avanza (2019) menampilkan pembaharuan dari segi kosmetik sama ada luaran mahupun dalaman. Berikut ialah penambahbaikan luaran dilakukan pada Toyota Avanza (2019).- Lampu depan LED
- Lampu henti ketiga LED
- Lampu belakang rekaan baharu
- Gril depan baharu
- Rim 15-inci bersama tayar Dunlop 185/65
- Antena bentuk sirip yu
- Reflektor dan bampar rendah
Dalam Kabin Kemas
Selain itu, beberapa penambahbaikan kabin turut dilakukan. Bagaimanapun, Toyota Avanza (2019) tidak menerima sistem kemasukan tanpa kunci. Berikut ialah antara ciri menarik pada ruang kabin;- Rekabentuk konsol tengah bawah penyaman udara digantikan panel warna hitam piano dengan tekstur baharu
- Perakam Video hadapan dan belakang
- Sistem infotaiment skrin sesentuh bersaiz 6.75 inci dengan sambungan Apple CarPlay, Android Auto
- Kamera undur
- Kerusi fabrik
- Panel meter rekaan baharu
Enjin Sama Seperti Myvi & Rush
Luar dan dalam terima banyak pembaharuan, tetapi aspek mekanikal Toyota Avanza (2019) kekal sama. Ia didatangkan dengan enjin 4-silinder 1.5L DOHC dengan teknologi Dual VVT-i berkuasa 102hp pada 6,000rpm dan tork 136Nm (4,200rpm). Ya, ia berkongsi enjin sama seperti Perodua Myvi dan Toyota Rush.Hantaran kuasa ke roda pula disalurkan menerusi transmisi automatik 4-kelajuan dan tiada lagi versi manual ditawarkan pada Toyota Avanza (2019).
Aspek keselamatan pula, Toyota Avanza (2019) hanya hadir dengan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
Gambar Toyota Avanza 2019
Bagi anda yang sedang tercari-cari MPV 7 kerusi pada harga bawah RM100,000, Toyota Avanza (2019) mungkin boleh dijadikan pilihan. - PanduLaju