Tonton drama Kebaya Kasut Kanvas adaptasi novel karya Umie Nadzimah
yang akan mula ditayangkan pada 12 Ogos 2020 ini di slot Drama Pukul 6 TV3
pada hari Rabu hingga Khamis. Juga boleh ditonton secara online di youtube
channel TV3.
Bersiaran selama 10 episod, drama ini hasil terbitan produksi Orange Tree
Production dan diarahkan oleh Pyan Screw (Emi Suffian).
Para Pelakon
Nabila Razali, Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan, Mona Allen, Zainol Macwilson,
Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Ikmal Amry, Noniswara, Anas Ridzuan, Zarynn
Min, Julia Farhana Marin.
Watak Lakonan
Nabila Razali sebagai Suria JulianaRozita Che Wan sebagai Cik Pah
Fahrin ahmad sebagai Gary Rahman
Ariana Amani sebagai Sophie
Mona Allen sebagai Ratnasari
Ismail Izzani sebagai Mikail
Sinopsis Drama Kebaya Kasut Kanvas
Suria bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian
uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas.
Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang
yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah mula risau
jikalau anak daranya tidak akan kahwin.
Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi
pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria
disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut.
Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.