Khamis, 29 Jun 2017

Pemegang Mana-Mana Akaun ASNB Boleh Buat Transaksi dan Semak Baki Secara Online

Setelah dihentikan sementara, urus niaga ASB sudah beroperasi seperti biasa.

Kelebihan sistem baru selepas dinaik taraf.

  • Anda sudah boleh berurusniaga dengan TANPA buku
  • Anda akan memperoleh nombor akaun 12 digit untuk ASB
  • Anda boleh melakukan transaksi di semua cawangan ASNB dan ejen Maybank, CIMB, RHB, Pos Malaysia, Ambank, BSN dan Affinbank

Daftar Di MyASNB

Anda tahu ASNB Online? Kini akaun ASNB boleh diakses secara online. Jom daftar di Portal MyASNB.

daftar myasnb

Pelabur yang mempunyai akaun dalam mana-mana unit amanah ASNB kini boleh mendaftar di MyASNB untuk memudahkan urusan pelaburan:

  • Pelaburan tambahan* (tanpa caj jualan)
  • Semakan baki pelaburan terkini, 'realtime'.


Sebelum mendaftar di MyASNB, anda perlu mengemaskini maklumat peribadi terutamanya nombor telefon di cawangan atau ejen ASNB.

Borang Kemaskini Maklumat ASNB
http://www.asnb.com.my/v3_/pdf/perkhidmatan/lainlain/20161230_ASNB-KM-V3.pdf

Muaturun borang ini dan lengkapkan untuk memudahkan proses mengemaskini nombor telefon dan emel anda di cawangan/ejen ASNB

Laman web MyASNB www.myasnb.com.my


Waktu Operasi MyASNB

  • Unit Amanah Harga Tetap : 07:00 AM hingga 06:30 PM waktu tempatan, Ahad hingga Jumaat kecuali cuti umum.
  • Unit Amanah Harga Berubah : 07:00 AM hingga 04:00 PM waktu tempatan, Ahad hingga Jumaat kecuali cuti umum.