Ahad, 6 Mei 2018

Gambar Majlis Perkahwinan Azrinaz dan Fairos Khan

Tahniah diucapkan kepada Azrinaz Mazhar Hakim dan Fairos Khan Abdul Hamid yang telah melangsungkan pernikahan pada 1 Mei lepas. Majlis pernikahan dibuatkan secara tertutup dan hanya keluarga terdekat sahaja yang dijemput.

Gambar Majlis Perkahwinan Azrinaz dan Fairos Khan

Azrinaz dan Fairos sudah saling mengenali sejak 20 tahun lalu dan mula rapat dalam tahun lepas. Dia mohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat berkongsi lebih awal kerana mahukan sedikit privasi. Perkara tersebut diumumkan oleh Azrinaz sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.

Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai. Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.

Gambar Majlis Perkahwinan Azrinaz dan Fairos Khan

Gambar Majlis Perkahwinan Azrinaz dan Fairos Khan

Gambar Majlis Perkahwinan Azrinaz dan Fairos Khan

Gambar Majlis Perkahwinan Azrinaz dan Fairos Khan

Gambar Majlis Perkahwinan Azrinaz dan Fairos Khan

Gambar Majlis Perkahwinan Azrinaz dan Fairos Khan

Gambar Majlis Perkahwinan Azrinaz dan Fairos Khan

Sumber foto: instagram Azrinaz

Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.