Khamis, 20 Februari 2020

Filem Bulan dan Pria Terhebat lakonan Zahirah Macwilson dan Zizan Razak

Tonton filem Bulan dan Pria Terhebat lakonan Zahirah Macwilson dan Zizan Razak yang akan ditayangkan di pawagam pada 12 Mac 2020. Terbitan bersama Nizra Entertainment, Astro Shaw, Skop Production dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.

Filem Bulan dan Pria Terhebat

Para Pelakon

Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Khir Rahman, Maya Karin, Bell Ngasri, Alif Hadi, Mimi Ernida, Aprena Manrose, Sein Qudsi, Didie Alias.



Sinopsis Filem Bulan dan Pria Terhebat

Mengisahkan tentang Bulan, pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.