Tonton drama adaptasi novel
Pengantin Satu Malam karya Sophilea yang akan
mula bersiaran pada 18 Ogos 2020, Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Akasia
TV3.
Drama 28 episod ini terbitan produksi A10 Alliance Sdn Bhd dan arahan pengarah
Eoon Shuhaini serta skrip nukilan Wan Mahani Binti Wan Hassan.
Para Pelakon
Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan
Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha
Irwayu.
Watak Lakonan
Nazim Othman sebagai Zahred Hadri
Amelia Henderson sebagai Zulaikha Nasreen
Fizo Omar sebagai Rasul Fadlan
Afifah Nasir sebagai Puteri Rihana
Mustapha Kamal sebagai Zakaria
Susan Manen sebagai Asiah
Edika Yusof sebagai Dato Haris
Sharifah Shahora sebagai Datin Asyikin
Norish Karman sebagai Tun Roziah
Farisha Irwayu sebagai Datin Sri Hartina
Sinopsis Drama Pengantin Satu Malam
Episod 1 - Zahred terpaksa tunda pernikahannya dengan Balqis untuk ke Jepun selama tiga bulan apabila ayah Balqis meminta hantaran RM30 ribu. Balqis terdesak untuk dapatkan duit bagi menyara hutang ayahnya.
Zulaikha dalam dilema bila dilamar kekasihnya, Adli kerana risau akan berpindah ikut Adli ke luar negara selepas bernikah nanti. Haji Ramli yang ada hati pada Zulaikha buat pelbagai usaha untuk membeli jiwa keluarga Zulaikha
Episod 2 - Zahred kecewa apabila balik dari Jepun, ayahnya berkahwin dengan Balqis sehingga kemurungan dan mahu cederakan diri sendiri. Hj. Ramli berjaya bongkar kebenaran yang keluarga Adli tidak restui hubungan mereka lalu Adli terpaksa akur untuk selesaikan dengan keluarganya dulu.
Episod 3 - Zahred cuba terima Zulaikha yang baru kerja di cawangan mereka tapi Zulaikha sangat peramah dengan lelaki lain, macam Balqis.
Episod 4 - Zahred sengaja mencari salah Zulaikha dan bagi dia banyak kerja. Rasul pertahankan dan puji Zulaikha. Zahred nampak papanya berbual mesra dengan Zulaikha, dia makin benci lalu mencari perempuan.
Sinopsis Novel Pengantin Satu Malam
Zahred Hadri yang membenci wanita dan Zulaikha Nasreen yang terdesak.
Zahred ketawa sinis. “Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus
bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa
awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred
bertanya.
Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba
dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.
“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya
setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih
mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah
kesuntukan masa. Zahred diam seketika.
Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah. “Maaf tuan, tapi saya
benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan
rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati
Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.
“Saya tak nak rumah awak.” “Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai
ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya
merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”
Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred. “A night with me… Dan seratus ribu
akan jadi milik awak.”
Satulam yang merubah segalanya… Antara nyawa si emak dan maruah diri…
Gambar Pelakon